'DIA MINTA GAMBAR KEMALUAN', Mangsa Gangguan Seksual Oleh Pedofil Menerusi Aplikasi Mesengger Di Laman Sosial Facebook

loading...
'DIA MINTA GAMBAR KEMALUAN', Mangsa Gangguan Seksual Oleh Pedofil Menerusi Aplikasi Mesengger Di Laman Sosial Facebook

Nilai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual oleh pedofil menerusi aplikasi Mesengger di laman sosial Facebook.



Difahamkan, perkara itu terbongkar apabila kanak-kanak terbabit bertanya ibunya mengenai perbuatan tidak senonoh.

Kes itu menjadi viral di Facebook sebaik ibu kanak-kanak terbabit, Nurulainey Ab Halim, 29, memuat naik paparan skrin perbualan antara lelaki itu dan anaknya di FB.

Nurulainey berkata, anak sulungnya itu ada bertanya mengenai hal itu pada Ahad lalu, sebelum menceritakan apa yang dilakukan seorang lelaki yang membahasakan diri sebagai abang.



"Dia meminta anak saya menghantar gambar kemaluannya menerusi aplikasi berkenaan selain kerap berbual perkara tidak senonoh melalui aplikasi itu.

"Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas anak saya bertanya mengenai perbuatan yang dilakukan lelaki itu selain telefon digunakannya mengalami masalah. Saya cuba menghubungi lelaki itu melalui Facebook tetapi tidak dijawab," katanya di sini, hari ini.

Katanya, dia memuat naik perbualan itu di laman sosial sebagai pengajaran kepada ibu bapa lain supaya sentiasa memeriksa aktiviti anak masing-masing di laman sosial.
loading...