Amalan bahaya Facebook yang ramai orang tak sedar boleh memudaratkan

loading...
Amalan bahaya Facebook yang ramai orang tak sedar boleh memudaratkan

Negara kita merupakan antara negara di mana penduduknya amat tinggi menggunakan Facebook. Boleh dikatakan rata-rata dari pengguna Facebook akan menggunakan sekurang-kurang antara satu ke dua jam Facebook dalam masa satu hari.



Fakta tentang penggunaan Facebook
 
Berikut beberapa fakta tentang penggunaan Facebook yang sedang berlaku di negara kita. Cuba baca dan tanya diri anda sendiri samada betul atau tidak kenyataan ini:

Jika anda seorang pengguna FB yang aktif, anda tentu ada sekurang-kurangnya 500 kawan FB. Anda akan habiskan masa sejam atau dua jam sehari buka dan melayari FB. Sekejap-sekejap nak buka dan tengok perkembangan terbaru. Anda duduk tak senang kalau tak buka FB sehari.


Majoriti besar pengguna FB menggunakannya untuk berkomunikasi dengan kenalan baru. Kenapan baru tersebut kebanyakannya merupakan kawan maya yang mereka tak kenalpun dan tak pernah berjumpa.


Majoriti pengguna FB akan kongsikan gambar lokasi di mana mereka berada. Mereka juga kongsikan aktiviti yang sedang dilakukan, mereka juga kongsikan gambar kawan-kawan dan saudara mara.

Ramai yang buka profle FB dengan menggunakan profile diri mereka yang sebenar. Memang ada juga yang tidak mendedahkan profile sebenar mereka dengan berbagai alasan. Tambah lagi jika pengguna itu ada agenda tersembunyi untuk menipu dan melakukan jenayah siber, profle palsu akan digunakan.


Jika mak bapak ada FB, biasanya anak-anak juga akan ada akaun FB. Ada yang skodeng aktiviti anak-anak mereka melalui FB untuk memantau aktiviti anak-anak mereka. Ada juga yang biarkan anak-anak guna profile mak bapak untuk update dan melayari FB.


Majoriti besar tentu pernah mendapat samada paparan yang tidak diingini seperti spam link, atau mesej dari orang yang lansung tak dikenali, tawaran gam yang entah apa-apa dan cerita yang tidak disukai. Malah tentu ramai yang dah ada pengalaman kena serangan siber seperti kena hack dan seumpamanya.

Amalan bahaya Facebook


Daripada 6 ringkasan atau rumusan mudah kat atas tu, tentu anda sedar bahawa amalan penggunaan Facebook mampu mendedahkan ramai orang terhadap serangan siber yang kadang kala berupa jenayah.

Cuba tanya pada diri anda sekarang, berapa ramaikah dari kawan-kawan anda yang melebihi 500 orang itu merupakan kawan-kawan atau kenalan yang memang anda kenal siapa mereka ?

Berdasarkan kajian, biasanya, lebih dari separuh kawan-kawan FB tersebut merupakan entah siapa-siapa. Mereka adalah kawan FB yang misteri dan tidak dikenali samada wujud, atau memang asli dan boleh dipercayai.

Majori besar dari kawan-kawan FB itu hanya diam dan tidak ada respon. Mereka berkemungkinan besar hanya memerhatikan segala pergerakan dan aktiviti anda. Mereka perhatikan siapa keluarga anda, siapa kawan-kawan anda dan di mana anda berada.

Keadaan itu sama seperti seorang penjahat yang sentiasa memerhatikan diri anda 24 jam. Penjahat itu hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk mengambil kesempatan dan keuntungan terhadap kealpaan anda. Kejadian jenayah boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Ianya seperi sebuah time-bomb.

Hindari bahaya Facebook bermula sekarang
Apa yang anda boleh buat untuk megelakkan diri memberikan segala maklumat penting pada orang yang tidak dikenali adalah dengan mula bertindak sekarang.

Lihat satu persatu-satu siapa kawan FB anda dan delete atau unfriend sahaja mereka yang meragukan. Kenapa berkawan dengan orang yang tak dikenali. Kenapa nak kongsikan maklumat anda pada kemungkinan penjenayah siber atau penjenayah nyata.

Semak terlebih dahulu mereka yang mohon nak jadi kawan FB anda. Jangan main terima sahaja sesuka hati dan mengundang bahaya dan mala petaka.

Pergi semak sekarang juga dan delete kawan FB yang mencurigakan....

sumber asal : jasduit.com
loading...