Ibu mana yang tidak sayang anak selama 9 bulan dia kandungkan anak itu sebelah lahirkan dan dibawa melihat dunia cuma ibu itu tidak tahu nasib anak nya bila besar nanti sama ada dia bernasib baik atau tidak.

Ibu seorang banduan di Penjara Sungai Buloh yang kini menunggu hukuman mati merayu, Sultan Selangor memberikan pengampunan kepada anaknya.
Sudah 13 tahun Shahrul Izani Suparman, ketika itu berusia 19, ditahan polis atas kesalahan mengedar 622 gram kanabis.
Pada 2011, Shahrul, kini 32, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Saya meminta semua pihak dapat mendoakan yang terbaik untuk usaha terakhir ini. Semoga pihak berwajib dan Sultan Selangor dapat memansuhkan hukuman mati terhadapnya,” kata ibunya, Sapenah Nawawi, ditemani aktivis hak asasi di luar Penjara Sungai Buloh, pagi tadi.
“Bantulah dia sehingga ke penghujung, dan semoga ia berakhir dengan baik,” katanya.
“Sebagai ibu saya tidak dapat berkata apa-apa melainkan ucapan terima kasih,” kata Sapenah yang sempat menyampaikan ucapan itu kepada anaknya.
Amnesty turut menjalankan kempen tandatangan menyokong Shahrul, dan setakat ini berjaya mengumpul 10,202 tandatangan dari seluruh dunia.

Sepanjang perbicaraan, dia bertegas tidak tahu-menahu tentang kewujudan bahan tersebut yang dibalut dengan kertas surat khabar dan terselindung pada motosikal tersebut.
Pengarah Eksekutif Amnesty Malaysia, Shamini Darshni berkata kes Shahrul membuktikan betapa Malaysia perlu memansuhkan hukuman mati.
“Sepanjang 13 tahun, Shahrul kekal dengan kenyataannya tidak tahu (kewujudan bahan tersebut). Hukuman mati mandatori meletakkan beban pembuktian kepada tertuduh, dia dianggap bersalah sejak awal,” katanya.

Malaysia merupakan antara 58 negara yang masih melaksanakan hukuman mati, di kala negara lain sama ada sudah tidak lagi melaksanakannya atau memansuhkannya daripada undang-undang, termasuk di kebanyakan negara Eropah.
sumber : ini-kalilah.blogspot.my