Bintang sinetron Anugerah, Sheila Marcia mencetuskan kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan di internet.
Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu tersebar di internet, malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tentang perkara tersebut.
Ibu kepada pelakon berusia 22 tahun percaya bahawa perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang tidak suka dan ingin memalukan anak perempuannya itu.
Kasihan kerana mereka hanya mengotorkan diri dan hati mereka sendiri.
Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam.