Pakaian, Cium Mulut Nora, Apa Pandangan Ahli Agama?

loading...
Pakaian, Cium Mulut Nora, Apa Pandangan Ahli Agama?

BAGI yang menyaksikan majlis akad nikah pelakon Nora Danish di ibu negara semalam, pasti ada perasan satu adegan si pasangannya, Nedim Nazri  cium bibir isterinya sejurus selepas mereka selamat diijabkabulkan.



Ustaz Haslin Bollywood, berpendapat, secara adabnya tindakan itu tidak sesuai langsung dilakukan di khalayak ramai walaupun selebriti terkenal berkenaan sudah pun selamat sah bergelar sebagai suami isteri.

Tambahan pula, dengan status Nora sebagai artis dan Nedim sebagai anak kepada seorang ahli politik, perkara itu mungkin menjadi ikutan kepada mereka yang meminati mereka khasnya remaja.



“Kita ni sebagai orang Islam, bukannya orang Kristian yang memang adatnya si pengantin lelaki akan cium mulut pasangan selepas mereka berkahwin di gereja. Itu mereka bukan bagi kita yang beragama Islam ni.

Sebenarnya, mencium dahi isteri juga adalah lebih baik jika dilakukan secara bersendirian, dan bukan langsung terbuka depan orang ramai sambil ditayangkan pula kepada umum,” kata Haslin lagi.


loading...