Tradisi Cium Kekasih ‘kiss cam’, Tetapi Ini Lain Jadinya.

loading...
Tradisi Cium Kekasih, Tetapi Ini Lain Jadinya.

Tradisi ‘kiss cam’ dianggap sebagai hiburan dalam perlawanan bola keranjang di Amerika Syarikat. 



Dengan camera akan memfokus kepada pasangan yang duduk bersama dan kemudian mereka akan digalakkan untuk bercium depan orang ramai. Ia merupakan antara tradisi setiap kali perlawanan bola keranjang diadakan.

Namun lain pula jadinya kepada sepasang kekasih yang menyaksikan perlawanan antara Atlanta Hawks dan Brooklyn Nets. Ketika `kiss cam’ dihalakan ke arah mereka, pasangan lelaki tidak mempedulikannya.

Sebaliknya kekasihnya, yang menyedari teman lelakinya tidak berminat untuk menciumnya, telah mengambil keputusan mengejutkan apabila dia mencium salah seorang penonton yang duduk di sebelahnya.

Peliknya semua orang bertepuk tangan meskipun itu bukan kekasih sebenar wanita berkenaan.

Sementara teman lelakinya yang duduk di sebelah wanita itu, menggelengkan kepada kerana tidak menyangka kekasihnya sanggup mencium lelaki lain.

Dia kemudiannya bangun dan meninggalkan tempat tersebut. Klip berkenaan kemudiannya menjadi popular di media sosial. Namun tidak kurang pula yang menyatakan insiden berkenaan hanyalah rekaan semata-mata dan palsu.

loading...