SEBUAH video seorang remaja perempuan bergelek di dalam sebuah surau sensasi menerusi laman sosial.
Klip berdurasi sebelas saat yang dirakam menggunakan telefon bimbit itu dikongsi oleh sebuah laman di Facebook.
Tak cukup dengan itu, remaja berkenaan turut menunjukkan isyarat lucah dengan mengangkat jari tengah sambil ‘khusyuk’ bergelek.
Video yang dikongsi itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata marah dan mengutuk keras tindakan biadap remaja berkenaan yang tidak menghormati tempat beribadat umat Islam itu.
Pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya dan tidak kurang juga mengutuk sinis remaja itu sebagai ‘Orang Kurang Upaya (OKU).’
“OKU ni… Biarlah tangkap pun tak guna,” tulis Angah Zul
Manakala pengguna Facebook Wahiha Wardini Waahada pula “Ehh b*bi hang tak tau koo itu rumah Allah. kalau hang dah gatai sangt piila coukiet ke mana asal hang jangan nak hina rumah Allah,” tulisnya marah.
“Bodo….dalam surau ko menari macam tu sampai tunjuk jari tengah…bengong…memalukan,” kata Shri Sharma Rao.