Anak Berhati Setan Tergamak Rogol Ibu Kandung

loading...
Anak Berhati Setan Tergamak Rogol Ibu Kandung

SEORANG ibu tidak menyangka anak kandungnya yang berusia 21 tahun tergamak melepaskan nafsu dengan merogolnya di rumah mereka di Kamunting, Taiping.


Dalam kejadian petang Rabu lalu, mangsa yang merupakan janda anak lima lantas membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Menurut Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, pihaknya telah pun berjaya menahan suspek yang merupakan anak mangsa.

“Wanita berusia 48 tahun itu memberitahu anaknya iaitu suspek dipercayai menggunakan kekerasan untuk melakukan perlakuan rogol tersebut.

“Berikutan itu, pihak kami telah menahan suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang tayar,” katanya seperti yang dipetik Astro Awani.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek bukan penagih dadah berikutan ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.

Berikutan kes ini, suspek akan direman di bawah Seksyen 117  bermula hari ini ( Khamis) sehingga 15 March depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 B Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak kurang daripada enam tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta menerima hukuman sebatan. – MYNEWSHUB.CC
loading...