Video aksi anak kecil pertahan barang niaga ibunya dirampas viral

loading...
Bukan di Malaysia, tetapi rakaman aksi seorang kanak-kanak lelaki cuba mempertahankan barang- barang perniagaan ibunya daripada dirampas pihak berkuasa sedang giat dikongsikan di laman sosial ketika ini.

Dengan memegang sebatang besi kanak-kanak lelaki tersebut menjerit marah kepada pihak berkuasa yang ada dihadapanya sebelum melemparkan batang besi berkenaan dan ditenteramkan oleh seorang lelaki dipercayai pihak penguatkuasa.

Tindakan kanak-kanak tersebut mendapat respon positif para pelayar internet yang berkata walaupun masih kecil namun dia berani mempertahankan keluarganya.
loading...