Sedapnya Mulut Kau Dik, Menyumpah Orang 'Paria' Sesuka Hati Je!

loading...
Sedapnya Mulut Kau Dik, Menyumpah Orang 'Paria' Sesuka Hati Je!

Sama ada perasan atau tidak, kebanyakan pekerja kaunter di negara ini sering dikatakan tidak mesra mahupun bijak dari segi komunikasi. Sedangkan mereka ini dilihat sebagai duta kecil sesebuah syarikat melalui komunikasi terbaik yang dipamerkan.Tidak mudah tersenyum misalnya adalah perkara paling asas perlu dijauhi sebagai pekerja kaunter. Tidak kiralah kaunter hadapan sebuah syarikat, kaunter bayaran di bank mahupun tol dan sebagainya.



Baru-baru ini seorang netizen berbangsa India, yang dikenali dengan nama Ravi Chandran memuatnaik sebuah rakaman video tentang kebiadapan sorang wanita penjaga tol.

Wanita yang dipercayai bernama Zatul itu didakwa telah melakukan kesilapan teknikal dengan mengecas Ravi sebagai pengguna lebuh raya lebih dari sepatutnya iaitu di bawah kelas 1.

Sedangkan Ravi yang memandu teksi harus berada di bawah kelas 4 yang mempunyai kadar tol lebih murah. Ketika menegur wanita terbabit dan tindakan Ravi meminta pulang baki sebanyak 80 sen, tanpa disangka-sangka wanita penjaga tol itu melemparkan kata kesat yang berbaur rasis.

Tidak mahu mengaku kesalahan, malah wanita itu dikatakan memanggil Ravi dengan panggilan 'Paria' iaitu satu perkataan taboo bagi masyarakat India.

"Juruwang tol telah mengeluarkan perkataan paria kepada seorang pemandu teksi setelah ditegur kerana telah memasukkan kereta kelas 1 (harga lebih) di mana sepatutnya teksi kelas 4 (harga murah).

Begitulah antara yang ditulis menerusi laman sosial oleh Ravi sendiri. Video berdurasi kurang lebih 5 minit itu turut mendapat respon dari kalangan masyarakat. Mereka juga meluahkan rasa malu terhadap pekerja wanita yang tidak menghormati kaum lain di negara ini.



Kesimpulannya, budi bahasa itu seharusnya dipegang walau di mana pun berada. Lebih-lebih jika ia mampu menjaga keharmonian antara kaum dan juga negara. Paling penting, jalankan kerja anda dengan penuh dedikasi dan amanah. 

sumber asal : mforum
loading...