Mohd. Zulkhairy Zulkifli bersama isterinya, Nor Akmar Nazirah Mohamad selepas majlis pernikahan mereka di Masjid Kampung Berdang, Jeli, baru-baru ini.
JELI 31 Mei - Dilahirkan bisu tidak menjadi halangan kepada Mohd. Zulkhairy Zulkifli, 25, dan pasangannya, Nor Akmar Nazirah Mohamad, 24, untuk hidup bersama melalui ikatan perkahwinan. Bagaimana orang bisu akad nikah? Jurunikah boleh bisu? saksi?
Majlis angkat nikah itu disempurnakan Imam Besar Masjid Kampung Berdang, Abdul Aziz Mohamad sambil disaksikan sanak saudara kedua-dua mempelai.
Pasangan terbabit berkenalan selepas mengikuti satu kursus motivasi di Setiu, Terengganu kira-kira 12 tahun lalu.
Mohd. Zulkhairy yang berasal dari Felda Rentam, Bera, memberitahu, dia tidak menyangka perkenalan dengan Nor Akmar ketika mengikuti kursus motivasi itu melahirkan perasaan untuk mengenalinya secara lebih dekat.
Katanya, sikap Nor Akmar yang lemah lembut membuatkannya terpikat dan pada 2008 mereka sekali lagi bertemu ketika belajar di Sekolah Pendidikan Khas di Alam Shah, Selangor selama dua tahun.
"Pertemuan kali kedua ini menguatkan perasaan cinta kami kerana sering bertemu serta dapat meluahkan rasa hati masing-masing sebelum mengikat tali pertunangan tahun lalu.
"Walaupun kami berdua adalah golongan orang kurang upaya (OKU) tapi saya berharap jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat serta dapat mengharungi segala rintangan dengan tabah agar ikatan perkahwinan ini diberkati Allah SWT," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika ditemui pada majlis pernikahannya.
"Tetapi ketika itu saya masih lagi kanak-kanak dan perasaan itu dipendamkan sahaja sehinggalah kami bertemu semula pada 2008," katanya.
Sementara itu, ibu Mohd. Zulkhairy, Mek Yah Mat, 43, berkata, dia tidak menghalang anak sulung daripada empat beradik itu memilih pasangan hidup demi kebahagiaannya.
"Walaupun dia OKU, tetapi dia juga insan biasa yang memerlukan perhatian daripada seorang wanita yang bergelar isteri, jadi saya tidak menghalang niat sucinya untuk berumah tangga.
"Apa yang saya harapkan agar mereka berdua dapat mengharungi segala permasalahan yang mungkin timbul dengan tabah agar ikatan perkahwinan ini mampu bertahan hingga ke akhir hayat," katanya.