KESEDAPAN TIDAK TAHAN LAMA : Telan ‘Ubat Kuat’ Untuk POWER Kekasih Mati Semasa BerASMARA

loading...
KESEDAPAN TIDAK TAHAN LAMA : Telan ‘Ubat Kuat’ Untuk POWER Kekasih Mati Semasa BerASMARA

Istilah nya hanya seketika. Itu yang dialami oleh seorang wanita, Sadiat Adejuwon yang meninggal dunia akibat pendarahan ketika melakukan seks dengan kekasihnya, yang sebelum itu telah menelan `ubat kuat’.




Lelaki itu, Fatai Busari, 50, mengambil ubat berkenaan bertujuan untuk menjadikan alat sulitnya itu lebih besar tetapi tanpa disangkanya ia mengakibatkan kematian Sadiat.

Kedua-duanya bekerja sebagai tukang cuci dan menetap di Ibadan, Nigeria.

Susulan kematian Sadiat, Fatai telah didakwa di mahkamah atas tuduhan mengakibatkan kematian secara tidak sengaja. Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman mati.

“‘Fatai dan wanita yang meninggal itu bekerja sebagai tukang sapu dan mereka memang berdating. Pada hari kejadian, Fatai telah minum ubat yang dihasilkan daripada herba sebelum meniduri Sadiat.

“Tidak lama kemudian barulah Fatai menyedari ada yang tidak kena apabila darah mengalir keluar daripada kemaluan Sadiat.

“Wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian,” kata pendakwaraya.

Fatai kini ditahan di penjara Agodi sementara menunggu kes terbabit disebut semula pada 30 November ini. 


Sumber asal : Mynewshub.cc
loading...