Assalamualaikum, saya dan suami sudah 4 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat kerana suami saya disahkan mandul oleh doktor. Macam-macam usaha kami buat tapi tak membuahkan hasil. Suami saya seorang yang baik tapi masalah suami yang ketara ialah kelemahan tenaga batin.
Saya sayangkan mereka berdua dan saya taknak kehilangan mereka. Sekarang saya tengah mengandung hasil hubungan saya dan teman lelaki saya. Saya sudah memberi tahu kepada kekasih saya dan dia akan menikahi saya kalau saya bercerai dengan suami, tapi saya taknak bercerai dan tak sangup bagitahu suami yang saya mengandung anak orang lain sebab saya tersangat sayang suami dan tak mahu kehilangannya.
Perlukah saya kata ini adalah anak suami?? tapi mustahil sebab suami saya mandul. lagipun saya juga sayang teman lelaki saya.. ya Allah saya buntu.. sumber asal : KRT