Penyingkiran penyanyi Elly Mazlein daripada program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), Ahad lalu turut menarik perhatian pelakon dan pengarah popular Ogy Ahmad Daud.
“Memang dia patut keluar, dok drama kehidupan je kat atas pentas. Kita nak tengok persembahan hebat, bukan drama,” tulis Ogy.
Sindiran berani matinya itu sekali gus menarik perhatian netizen khususnya peminat Elly yang menghentam dan mengkritik bertubi-tubi selebriti senior itu.
Tidak kurang juga, ada peminat yang imbas kembali insiden Ogy mahu menfailkan saman terhadap Johan Raja Lawak suatu ketika dahulu kerana berkecil hati dengan gurauan pelawak terkenal itu.
Namun, saman itu akhirnya dibatalkan. Biarpun dihendik, Ogy nampaknya teguh mempertahankan tindakannya menyindir ibu tunggal anak satu itu.
Ogy menerusi kenyataannya kepada akhbar Harian Metro berkata, dia mengenali Elly dan apa yang dilakukan penyanyi itu adalah drama.
“Dia pernah berlakon dalam drama arahan saya dan saya kenal siapa dia. Apa yang dilakukannya di atas pentas GV3 adalah ‘dramanya’ semata-mata,” katanya.
Selain itu, Ogy turut menyifatkan Elly bukanlah ‘sesiapa’ dalam industri muzik untuk terus diberikan perhatian.
BACA :Tergedik-gedik..Menyampah Wehhh..Rasa Nak Bagi Penampar
BACA : Kecil hati punca Elly Mazlein tarik diri daripada GV3
BACA : Menjengkelkan dan Sentap habis!!! berlaku semasa konsert Gegar Vanganza3 minggu ketiga...Sentap tu...
Katanya, komen negatif peminat langsung tidak memberi kesan kepadanya sebaliknya bersimpati dengan ketaksuban peminat mempertahankan penyanyi itu.
“Mereka hina dan melemparkan komen-komen negatif terhadap saya. Sepanjang empat dekad berada dalam industri hiburan, saya sudah berdepan pelbagai ancaman.
“Bagi saya, apa yang berlaku ini ibarat hembusan angin yang tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya.
“Saya memang tidak suka layan komen-komen pengikut yang mindanya tidak merdeka. Saya hanya akan bercakap dengan individu yang mempunyai akal fikiran,” katanya.
Dalam pada itu, Elly turut dihubungi Harian Metro menyifatkan dia tidak terasa hati dengan gelaran ‘drama queen’ yang diberikan Ogy kerana menghormatinya.
“Saya terima gelaran itu dan tidak marah dengan kenyataan yang diberikan. Saya menghormatinya kerana cukup berpengalaman dalam dunia hiburan tanah air,” katanya.Sumber: Harian Metro