Mangsa kekejaman rumah tangga yang dahsyat, seorang wanita mengambil langkah mendiamkan diri sahaja selama ini demi menjaga nama baik bekas suami dan keluarganya.
Naluri seorang ibu yang terlalu sedih apabila melihat anak kesayangan turut diperlakukan dengan kejam oleh bapanya sendiri membuatkan dia tak mampu lagi bersabar demi menuntut pembelaan.
Pemilik Facebook Hannah Azzara, akhirnya mendapat keberanian untuk mendedahkan penyeksaan yang pernah diterima daripada bekas suami dengan memuat naik gambar-gambar kecederaan yang dialaminya dan anak.
Actually i tak nak pon kecoh pasal ni . But since most of my friends and relatives pon suruh i buat jadi i terpaksa .
Kawan yang polis pon cakap viralkan baru orang atas nampak (itupun kalau nampak)
Ok . Dah seminggu Ahsan kena pukul dengan Daddy dia sendiri , i dah buat report . Dah masuk hospital 5days .
Tapi sampai niari tak ada apa apa update from polis .
I've call the IO yang ambil kes ni pon diorang lepas tangan .
Dia pukul anak i sampai ada blood clot dalam telinga kiri Ahsan .
Tapi sampai sekarang dia masih bebas .
Yang lain i tanak cerita panjang .
I cuma nak tanya .
Kalau kes macam ni memang polis tak ambil tindakan ke ?
And since ramai kawan kawan ex husband yang PM cakap kat i diorang tak percaya dia bole buat macam ni kat i . So sini i tambah gambar i masa dia bantai i paling teruk . I did make a report but then i tarik balik pasal i kesiankan Ahsan .
Sepanjang 5 thn perkahwinan i tak pernah cerita buruk dia pada sesiapa even parents i . I simpan sendiri . But now i mmg da tak tahan sangat . I da tak kuat nak simpan sendiri . I hope tak de yang anggap i nak memburuk and memfitnah dia as in i ada bukti .
And kalau ada yang perasan i tak pernah nak upload 1 pon gambar ex husband dalam FB , sbb i jaga muka dia , jaga nama dia . Pasal i fikir kalau2 i ada tersalah update ke dia yang malu .
Well lemme introduce you all to my exhusband 😅 see the last photo.
sumber asal : Facebook Hannah Azzara