Jutaan tahniah diucapkan kepada Amar Baharin dan Amyra Rosli yang telah pun selamat bergelar suami isteri sekitar jam 5.15 petang tadi. Majlis pernikahan telah berlangsung di Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, Amyra menerima mas kahwin RM1,111 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada Amar.