Perbezaan air mani, air madzi dan air wadi. Untuk makluman, air madzi adalah sejenis cecair jernih melekit dan berbau kuat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan air mani yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani).
Berikut dikongsikan Perbezaan air mani, air madzi dan air wadi untuk panduan bersama :-
1. Air mani
Air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.
Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani. Air mani ini suci dari segi syarak.
2. Air wadi
Air yang warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.
Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut. Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.
3. Air Madzi
Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita apabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat).
Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut. Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air madzi dan tidak boleh dibawa solat.
Beza Air Madzi Dengan Keputihan
Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Tetapi cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat teransang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.
Cecair 'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air madzi yang tidak berbau.
sumber asal : halaqah.net