Mirror.co.uk melaporkan, kejadian tersebut berjaya dirakam dan menjadi viral di media sosial negara itu dengan memaparkan gelagat tiga gadis berjalan tanpa pakaian dengan hanya memakai sarung kaki.
Berita tempatan melaporkan, gadis tersebut dipaksa berjalan bogel kerana dituduh menyamun.
“Konflik ini bermula apabila ada wanita muda yang terbabit dalam kerja haram (maksiat) telah merompak individu yang juga terlibat dalam kerja haram itu,” Datuk Bandar, Heliodoro Soto kepada media tempatan.
Ketiga-tiga gadis terbabit termasuk individu yang memaksa mereka berjalan dalam keadaan bogel masih tidak dapat dikenal pasti kerana tiada laporan polis dibuat.
sumber asal : MYNEWSHUB.CC