Seorang wanita berusia 26 tahun telah mengejutkan para doktor di Cameroon selepas kondom ditemui dalam apendiksnya. Mesti korang pelik macam mana kondom tu boleh berada dalam apendiks tu, betul tak?
Selepas dia tertelan benda tu pun, wanita tu mengatakan dia tak mendapatkan bantuan perubatan langsung walaupun selepas mendapati terdapat cebisan kondom dalam najisnya dan dia tak mengambil kisah sangat pasal tu..
Dia fikir dia tertelan kondom tu, lepas tu boleh keluar ke ketika membuang air besar? Bila sakit perut teramat, barulah nak mendapatkan rawatan..
Wanita tu pergi ke hospital pun selepas mengalami sakit perut hingga tak boleh makan dan mengalami demam.. Pemeriksaan dilakukan melalui mesin imbasan mendapati abdomen dia bengkak dan dipenuhi air. Doktor berpendapat dia menghidap apendiks lah.
Lepas tu wanita tu segera dibawa ke bilik bedah untuk membuang apendiks tu sebelum ianya dikatakan pecah. Tetapi ketika prosedur berkenaan dilakukan, doktor mendapati ada sesuatu yang pelik dikesan. Apalagi, cebisan kondom ditemui dalam apendiks beliau.
Selepas wanita tu sedar dari bius, barulah dia ceritakan macam mana kondom tu boleh ada dalam apendiks dia. Kes ni juga dipercayai kes pertama yang dilaporkan dalam bidang perubatan..
sumber asal : www.sensasisabahan.com