Berbaju kurung ketat, jarang menjadi trend pelajar sekolah perempuan sekarang?. Adakah benar? Sebelum ini kita dikejutkan dengan kisah seorang pelajar yang tidak dibenarkan masuk kelas di sebuah sekolah di Cheras kerana beliau bukan Melayu.
Baru-baru ini pula viral dilaman sosial gambar seorang pelajar Melayu Islam yang memakai baju kurung ketat yang jelas sekali menjolok mata sesiapa saja yang melihatnya.
Kalau dengan pemakaian pelajar ini beliau lebih layak dihalau balik dari sekolah kerana ia jelas menyalahi etika pemakaian seragam sekolah yang jelas ketat di bahagian dada dan punggung seperti yang telah di jelaskan.
"Cikgu halau balik sebab saya pakai 'baju kurung' ke sekolah. (Baju kurung yang kamu pakai tu seksi dik oii..)"
Pelajar bukan Melayu dan bukan beragama Islam hendak pakai baju kurung sampai tidak boleh masuk kelas kita pula sebagai seorang Melayu dan beragama Islam menghina pemakaian baju kurung dengan cara pemakaian begini.
Baju yang sepatutnya sopan dipakai sudah nampak hilang sopannya. Harap pihak sekolah dapat tegas dalam hal ini.