Semalam, akhbar The Star mendedahkan kisah kejayaan pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK Bukit Aman, memberkas 15 suspek sindiket penipuan di Lembah Klang. Mereka terdiri daripada lelaki dan wanita berbangsa Melayu, Cina, India, Sikh dan Nigeria.
Timbalan Pengarah (Opeasi dan Risikan) JSJK, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, polis antaranya merampas 14 buku akaun bank, 21 kad ATM dan 10 telefon bimbit.
Tambah beliau, polis memulakan siasatan sebaik mendapat maklumat, wanita warga Singapura, 60 tahun, menetap di Johor Bahru, Johor, kerugian lebih RM566,000 akibat diperdaya untuk menebus bungkusan kononnya mengandungi 750,000 Pound Sterling.
Mangsa berkenalan dengan suspek melalui laman sosial, Facebook.
Suspek Melayu ditahan, berusia 42 tahun dan berstatus janda, beranak 12.
Menariknya, dalam kes ini, lima lelaki Nigeria diberkas, ayah kepada sebilangan daripada anak dilahirkan oleh wanita berasal dari Kelantan itu.
Saya menghubungi wartawan program 999, Hazlin Hussin untuk memperoleh makumat lebih terperinci.
“Wanita Melayu itu berambut perang, tubuh berisi dan mengaku masih mengingati surah Al-Fatihah tetapi kini cenderung mengamalkan ajaran agama Kristian.
Dia menangis sewaktu berbual dengan Lin tetapi memang dia sukakan lelaki Nigeria. Katanya, dia cuma belum meminum holly water sahaja lagi,” katanya.
Hazlin bakal muncul dengan laporan khas mengenai kes penipuan internet itu.”Pada awalnya, dia berkahwin dengan lelaki Melayu, dapat anak tiga orang.
Bercerai kerana bekas suaminya, penagih dadah. Selepas itu, dia berkahwin lagi dengan lelaki lain, sebagai isteri ketiga, dapat lagi anak.
Mungkin didorong oleh perasaan kecewa, dia menjadi pelacur dan tinggal di Lembah Klang, seperti di Puchong dan Ampang.
Kebanyakkan pelanggannya, adalah negro.
sumber : The Star