IBU SAUDARA SUDAH PUN DIBERI SEBANYAK RM4000 SETIAP BULAN, MANAKALA RM10,000 UNTUK PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2 BERADIK TERSEBUT... TAK CUKUP LAGI KE???
Dan kali ini, pihak yg dituduh telah melakukan pecah amanah telah tampil memperjelaskan apa sebenar yg berlaku, bagi pihak dirinya... satu siri perbualan menggunakan aplikasi, dipercayai milik Faizznur dan seorang rakannya, yg telah di 'screen capture'kan turut aku kongsikan di bawah...
Sementara itu, semalam, Mahkamah Tinggi Syariah di sini telah mengekalkan perintah ex parte (sebelah pihak) untuk membekukan tiga akaun bank milik dua bapa saudara anak mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), tahun lepas.
Pada 19 Mei lalu, ibu saudara dua kanak-kanak itu, Yusnidah Husain, 48, berjaya mendapatkan perintah membekukan akaun milik adik-adiknya itu.
Sementara itu, dua bulan kemudian iaitu pada 19 Julai lalu, Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf pula memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah berkenaan.
Seperti yg pernah aku katakan, isu ini sebenarnya lebih kepada melibatkan isu dalaman keluarga... namun, ia menjadi perhatian umum bilamana ramai di kalangan rakyat Malaysia yg prihatin dan simpati telah menyumbang melalui akaun bank milik bapa saudara anak2 berkenaan... apabila timbul isu seperti ini, tentulah ramai yg mula berasa sangsi samada sumbangan mereka sampai dan dimanfaatkan seperti mereka harapkan, atau tidak...
Aku, dan pastinya rakyat Malaysia yg lain juga sangat berharap agar masalah dalaman ini dapat diselesaikan sebaik mungkin... bawalah berbincang dengan baik dan berlapang dada... janganlah dianiayai 2 anak kecil malang ini... mereka mungkin baru sahaja dalam proses pemulihan dari segi mental dan fizikal setelah terpaksa menelan hakikat bahawa kehidupan mereka selepas ini akan terpaksa dilalui tanpa belaian dan kasih sayang insan yg tersayang, yakni ibu bapa dan adik mereka... kita sebagai waris, jangan la pula ditambahkan lagi tekanan mental dgn isu2 seperti ini... takut nanti, jika hal ini berlarutan, yg akan menjadi mangsa keadaan adalah mereka...
sumber : suaramelayubaru.blogspot.my