Awek baju ketat di Kelantan jadi buruan

loading...
Awek baju ketat di Kelantan jadi buruan

PASIR PUTEH - Pejabat Agama Jajahan Pasir Puteh mengadakan enam Operasi Bersepadu Aurat sejak Januari lalu di beberapa lokasi tumpuan umum di daerah ini.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa Agama, Abdullah Hamat berkata, seramai 40 remaja perempuan dikesan berpakaian ketat dan menjolok mata pada operasi berkenaan.



Katanya, tindakan itu dilakukan sebagai langkah pencegahan agar amalan berpakaian ketat tidak dijadikan sebagai budaya.

“Sebilangan remaja dan belia wanita menjadikannya budaya, ini berpunca daripada kurang penghayatan agama Islam dan terpengaruh dengan budaya asing,” katanya.

Menurutnya, mereka yang dikesan melakukan kesalahan itu diarah menghadiri Program Kaunseling Remaja Iman secara berkala anjuran Pejabat Agama Jajahan dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).

Abdullah berkata, sekiranya didapati mereka yang mengikuti program kaunseling melakukan kesalahan kedua, pihaknya tidak teragak-agak mengeluarkan saman di bawah Seksyen 5, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985.

“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Selain kawasan bandar katanya, operasi turut menyasarkan kawasan peranginan seperti di Jeram Pasu, Pantai Bisikan Bayu dan Pantai Tok Bali.

Tambah beliau, Pejabat Agama Jajahan berusaha memberi kefahaman kepada orang ramai berhubung kesalahan tersebut.

Katanya, pihaknya mengedar risalah Auratku Maruahku, mengadakan papan tanda aurat dan ceramah bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai.

“Terdapat papan tanda yang menggariskan pemakaian Muslim selain memberi kefahaman dalam pelbagai kaedah tetapi malangnya sebilangan masyarakat tidak mempedulikannya,” katanya.

sumber asal : pilihan-anda.blogspot.my
loading...